Ramai owner ‘Ysuku’ tak bayar ansuran bulanan, pemilik kedai up nama di facebook
Sebuah kedai motor di Seberang Takir, Kuala Terengganu terpaksa menyebarkan nombor pendaftaran kenderaan dan nama pembeli yang gagal menjelaskan ansuran bulanan.
Sila Lunaskan Dengan Segera
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Motor Mok Mung di Facebook, kedai terbabit mengeluarkan notis amaran kepada pembeli yang gagal atau mengambil sambil lewa untuk membayar secara ansuran motosikal pada setiap bulan.
Difahamkan ada dalam kalangan pembeli yang tidak membayar ansuran bulanan seperti yang telah dipersetujui di dalam perjanjian melebihi 30 bulan.
Menerusi senarai yang dikongsi kedai motosikal tersebut, pemilik motor motor model YAHAMA Y15ZR atau lebih dikenali sebagai ‘Ysuku’ paling ramai gagal menjelaskan ansuran bulanan.
Kedai motor tersebut bagaimanapun memaklumkan akan memadam nama pembeli sekiranya mereka berjaya melunaskan bayaran.
Anda settle bayaran, kami DELETE nama anda dari senarai ini
Sumber: Facebook