Ramai kecam tindakan wanita cabut palang parking

Ramai kecam tindakan wanita cabut palang parking

 

 

 

 

 

Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang wanita menanggalkan palang parkir di sebuah bangunan menjadi tular di media sosial hari ini.

Menerusi rakaman berkenaan, wanita yang memandu seorang diri itu dilihat turun daripada kenderaannya sebelum sedaya-upaya menolak palang tersebut sehingga tercabut.

Wanita itu kemudian dilihat mengambil telefon bimbitnya dan merakam gambar palang yang tercabut itu.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana kejadian itu berlaku dan dipercayai rakaman itu ditularkan oleh pihak pengurusan bangunan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata orang ramai terkejut dengan kekuatan wanita tersebut yang menyebabkan tapak palang berkenaan tertanggal dari lantai.

“Mesti jenis pemarah orangnya, tapi boleh rasional lagi dia tak langgar palang itu guna kereta dia,” kata ZaZa.

“Lepas ini kena bayar denda rosakkan harga benda atau terpaksa meringkuk dalam penjara merenung masa hadapan. Jangan ikutkan sangat perasaan marah,” kata Rohim.

“Sempat lagi kakak ini ambil gambar, nak ‘update’ kot ‘Done marah’,” kata Danny.

“Sebabkan kakak ini ambil gambar, saya yakin kejadian ini berlaku di Malaysia,” kata Faidzal.

“Macam-macam nak tanya, dia tak cuba hubunga ‘intercom’ ke mana tahu ada masalah teknikal. Perbuatan dirakam CCTV, pihak pengurusan boleh kenakan tindakan,” kata Siti.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 24,000 kali dan mendapat lebih 300 reaksi daripada pengguna Facebook.