Ramai geram tengok iklan bilik sewa sempit macam liang lahad dengan harga RM350

Ramai geram tengok iklan bilik sewa sempit macam liang lahad dengan harga RM350

Umum mengetahui bahawa harga hartanah di kawasan padat seperti Selangor dan Lembah Klang memang mahal, namun ini tidak memberi tiket kepada tuan rumah untuk menyewakan bilik yang terlalu sempit dengan harga yang terlalu mahal sehingga mencekik darah.

Baru-baru ini, tular pula sebuah iklan bilik sewa di Sri Kembangan yang sempit dengan harga RM350.

2 4 1

Sumber: Facebook

Dapat dilihat bahawa dalam gambar bilik yang dikongsikan itu bahawa terdapat sebuah tilam dan suis plug untuk kegunaan penyewa.

Namun, rata-rata warganet berpendapat keluasan bilik itu umpama sebuah liang lahad, keranda dan penjara yang disediakan kipas.

Nak letak kerusi pun tak muat ni! Min tengok pun rasa sesak je nak bernafas. 

Lagi menarik perhatian ialah kipas siling yang dipasang dalam bilik berkenaan kerana kedudukan kipas itu sangat dekat dengan dinding, jadi ramai juga yang risau adakah kipas tersebut boleh berpusing dengan baik.

3 3

Sumber: Facebook