Ramai geram saksi kemalangan tidak bantu mangsa

Ramai geram saksi kemalangan tidak bantu mangsa

 

 

Tindakan seorang lelaki merakam keadaan sebuah keluarga yang terlibat dalam kemalangan dikecam orang ramai.

Video berdurasi satu minit 35 saat yang dikongsi di Facebook Ehailing.fm itu turut tular dan menerima pelbagai reaksi daripa netizen.

Melalui video tersebut, kelihatan empat sekeluarga berada di dalam kenderaan itu mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, kelihatan orang awam tidak cuba untuk membantu keluar tersebut sebaliknya hanya melihat ataupun merakam keadaan mereka.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan perakam video tersebut yang dianggap tidak mempunyai empati.

“Abang ini macam wartawan pula. Tolong mangsa dahulu, jangan sibuk nak ‘viral’ sahaja. Kami tengok video ini rasa geram sahaja,” kata Chad.

“Tolonglah keluarkan orang dalam kereta itu dahulu. Bantu mereka buka pintu. Allah, boleh pula dia sibuk merakam,” kata Fidda.

“Esok kena dekat batang hidung yang kaki viral ini baru ada akal, orang amik gambar saja dahulu bukannya nak membantu. Tidak kiralah siapa salah, yang penting selamatkan nyawa dulu,” kata Faizal.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 28,000 kali dan mendapat lebih 300 komen.