Rakan tumbuk bahu lepas vaksin, gelagat lelaki cuba balas dendam bikin berdekah

Rakan tumbuk bahu lepas vaksin, gelagat lelaki cuba balas dendam bikin berdekah

Kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin adalah berbeza mengikut individu. Ada yang akan mengalami demam dan ada juga yang langsung tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan. Baru-baru ini, gelagat seorang lelaki selepas menerima vaksin mencuri tumpuan ramai.

Menurutnya, selepas dia menerima vaksin sebelum ini dia pernah ditumbuk pada bahagian bahu oleh rakan serumahnya. Kali ini, lelaki itu cuba melakukan perkara yang sama pada rakannya itu namun lain pula yang berlaku di penghujungnya.

@irwanfariz

Korang Ada Tak Member Bebal Macam Ni Yang Suka Kacau Lepas Vaksin 🤣 #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #member #bebal @naufal.isa

♬ original sound – Irwan Fariz – Irwan Fariz

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu sempat menceritakan pengalamannya selepas menerima vaksin sebelum ini. Dia memberitahu bahunya itu ditumbuk oleh rakannya yang sengaja mahu bergurau dengannya pada ketika itu.

Apabila tiba giliran rakannya menerima vaksin, lelaki itu bersiap sedia menunggu di rumah untuk membalas dendam. Sebaik sahaja rakannya itu pulang, dia berbual seperti biasa bersama rakannya itu namun rancangannya telah dapat dihidu lebih awal.

tumbuk bahu

Rakannya kemudian bergegas berlari ke bilik sambil dikejar oleh lelaki itu namun gagal ditangkap. Rancangannya untuk membalas dendam juga tidak berjaya memandangkan rakannya terlebih dahulu sempat menyelamatkan dirinya.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gelagat lelaki itu dalam membalas dendam. Ada juga yang turut sama teruja melihat aksi kejar mengejar di antara mereka ini dan berharap lelaki itu akhirnya dapat melunaskan hajatnya itu.

“Aku pulak excited tengok korang lari-lari.”

rakan tumbuk

“Aku pulak yang geram tengok dia tak dapat tumbuk.”

vaksin

“Kalau Nabila Razali ada peluang kedua, awak masih ada second dose…”

komen

“Haha member bukak langkah 2×100 terus.”

tik tok