Rakan tergelincir di air terjun, ayam goreng pula yang dirisaukan

Rakan tergelincir di air terjun, ayam goreng pula yang dirisaukan

Memandangkan sekarang ini banyak kelonggaran sudah dibenarkan dalam Pelan Pemulihan Negara, pastinya ramai yang mengambil peluang ini untuk keluar berjalan-jalan setelah sekian lama duduk di rumah. Namun berlaku pula satu kejadian melucukan pada sekumpulan lelaki ini semasa sedang beriadah di kawasan air terjun baru-baru ini.

Semasa yang lain sedang sibuk menjamu selera, gelagat seorang rakan yang tergelincir jatuh menarik perhatian ramai. Video dikongsikan tersebut juga tular dengan lebih sejuta tontonan setakat ini di mana ramai yang terhibur melihat reaksi lelaki ini sebaik ternampak rakannya terjatuh.

 

@helzzzz2

Dah viral dah tempat ni #sungaipisang tengok sampai habis hehe

♬ original sound – helzzzz – Kawaragi Senju

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki ini berkongsikan keadaan sekitar semasa mereka sedang enak menjamu selera di kawasan air terjun itu. Dia kemudiannya merakamkan gelagat rakan-rakan lain yang juga sedang menikmati makanan masing-masing.

Tidak lama kemudian, kelihatan seorang rakannya yang sedang berjalan menghampirinya sambil membawa ayam goreng di kedua-dua tangannya. Namun tidak semena-mena, rakannya itu tergelincir dan terjatuh ke dalam air bersama-sama ayam goreng yang dibawanya itu.

ayam

Lebih melucukan, lelaki ini sempat berasa risau mengenai ayam goreng tersebut dan bukannya bertanyakan tentang keadaan rakan yang terjatuh itu. Dalam masa yang sama, rakannya itu sudah terbaring di dalam air dan kelihatan seperti menahan kesakitan.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat reaksi selamba lelaki itu semasa melihat rakannya terjatuh itu. Ada juga netizen berseloroh turut bertanyakan tentang keadaan ayam goreng yang dibawanya itu yang tentunya sudah hanyut dibawa air.

“Ayam lagi penting dari kawan yang tergolek.”

rakan tergelincir

“Yang penting sekarang ayam dulu baru kawan.”

air terjun

“Lah member dia jatuh ayam yang dia kesiankan eh…”

komen

“Kawan yang baik adalah kawan yang gelak dulu baru tolong…”

tik tok