Rakan menyamar jadi ibu bapa ketika ambil sijil online undang ketawa

Rakan menyamar jadi ibu bapa ketika ambil sijil online undang ketawa

Majlis konvokesyen adalah acara yang penting buat pelajar-pelajar universiti terutamanya mereka yang telah bertahun-tahun bertungkus lumus untuk mendapatkan CGPA yang tinggi semata-mata untuk bergraduasi dengan kelas pertama.

Namun dengan pandemik Covid yang sedang melanda dunia, acara besar-besaran seperti majlis konvokesyen terpaksa dibatalkan atau dibuat secara atas talian, membuatkan ramai pelajar kecewa dan hilang semangat.

Ini kerana bukan sahaja mereka tidak dapat berkongsi detik manis itu dengan rakan-rakan seperjuangan, malah mereka juga tidak berpeluang untuk menghadiri konvokesyen bersama ibu bapa bagi melihat reaksi bangga ibu bapa dengan pencapaian yang telah mereka perolehi.

Sebuah video yang telah menarik perhatian ramai baru-baru ini juga menunjukkan pelajar universiti menghadiri majlis konvo secara atas talian.

 

Dalam video yang dikongsikan di Twitter, dua orang pelajar universiti dari Indonesia dilihat menerima sijil dari pihak universiti sambil ditemani ibu bapa mereka.

Namun setelah diperhati dengan dekat, rupa-rupanya kedua-dua rakan itu sebenarnya menyamar menjadi ibu dan bapa masing-masing ketika menerima sijil secara virtual, menimbulkan rasa lucu penonton.