Rajin nak tolong mak membawang, tiba-tiba Oyen…- “Duduk depan sekali…”

Rajin nak tolong mak membawang, tiba-tiba Oyen…- “Duduk depan sekali…”

Gelagat si Oyen atau kucing berwarna oren ini sememangnya jarang tidak menghiburkan buat warganet. Malah jika dilihat perkongsian menerusi media sosial, si Oyen dimana-mana sahaja suka buat hal.

Boleh dikatakan kucing berbulu oren ini agak popular dengan perangai nakalnya lebih daripada kucing yang lain. Jadi disebabkan hal itu jugalah, gelagat si Oyen tidak lagi mengejutkan ramai.

Pada kali ini juga ternyata si Oyen menghiburkan lagi buat warganet di aplikasi, TikTok. Melihatkan gelagatnya ini dengan pantas menerima lebih 200,000 tanda suka ramai.

Oyen

Si Oyen ini dikatakan hari-hari ingin menolong mak membawang dan puas juga dihalang oleh tuannya namun kelihatannya tidak menjadi.

Menerusi rakaman jelas si Oyen itu dengan selamba menemani mak membawang, yang lagi mencuit hati terlalu dekat duduknya dengan bawang yang sedang dipotong itu.

@liyanazaini.24tak larat kepung dah si momok ni hari2 nk tolong mak membawang kat dapur 😌 #fyp

♬ original sound – Liyana Zaini – Liyana Zaini

 

Pengakhiran video yang dimuat naik itu juga bagaimanapun mengundang tawa warganet dengan gelagat si Oyen itu sehinggakan ruang komen pula dibanjiri dengan ‘ribuan’ respon ramai dengan perangai lucu si Oyen pada kali ini.

“Hang lah Oyen buat pasai, niat dah baik nak teman tapi depan sangat tu oyen…”

Oyen

“Hahaha sian die nangis”

IMG_20211218_141912

“Sama la dengan kucing aku”

IMG_20211218_141927