Raih jualan RM2.5 juta, tudung keluaran Wawa Zainal habis terjual kurang 24 jam

Raih jualan RM2.5 juta, tudung keluaran Wawa Zainal habis terjual kurang 24 jam

Laku keras koleksi tudung terbaru Wawa Scarve oleh pelakon dan usahawan Wawa Zainal apabila habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam selepas dilancarkan semalam.

Memetik Media Hiburan, sebanyak 90,000 helai tudung terjual dengan anggaran keseluruhan diperoleh RM2.5 juta. 

Meluahkan rasa syukur, Wawa berkata ini adalah bukti sokongan pelanggan setianya serta memaklumkan akan mengeluarkan lagi tudung.

 

Untitled design (20)

 

“Alhamdulillah, untuk keluaran kumpulan pertama ini habis terjual. Tipu kalau cakap tak letak sasaran dan harapan tinggi, tapi apabila ia benar-benar terjadi memang bersyukur sangat.

“Pada mulanya buat 20,000 helai, lepas tu 50,000 hingga mencecah 90,000 dah habis terjual. Insya-Allah kita akan keluarkan lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Wawa percaya bahawa perniagaan yang diusahakannya turut membantu peniaga kecil dan hasil pendapatan diperoleh dapat disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

“Saya percaya dalam pada ada rezeki kita, pasti ada rezeki orang lain juga. Itu saya cuba tanam dalam diri dan perniagaan ini. Kalau kita dapat bantu mereka yang memerlukan insya-Allah rezeki itu akan sentiasa ada,” katanya.