Puteri Sarah saman kaki fitnah melampau “ni semua sebab suami dia kaya je”
Meskipun soal atau status hubungan Puteri Sarah Liyana dan juga suami masih lagi menjadi teka-teki, namun baru-baru ini si ibu mentua telah memuat naik satu posting yang cukup puas. Mana taknya, wanita tua itu dengan tegas mengatakan aktres tersebut adalah satu-satunya isteri kepada anak lelaki sulungnya.
Sedang dalam proses saman Ira Kazar lepas 4 tahun diganggu
Umum sedia maklum, Puteri Sarah juga kini sedang dalam proses untuk menyaman gadis bernama Ira Kazar selepas 4 tahun bertahan dari gangguan yang bertubi-tubi. Malah bukan sahaja selebriti itu, ibu mentua serta adik-beradik iparnya juga tak terkecuali pernah terkena kacau dari individu sama sehingga cukup merimaskan.
Awak dah terlalu melampau dengan tuduhan ni…Tunggu nanti surat dari lawyer saya
Terbaru, pelakon wanita tersebut mendedahkan baru sahaja menghantar surat lawyer kepada seorang individu. Ia berikutan netizen tersebut didapati telah menulis pelbagai tuduhan yang tidak munasabah tentang Puteri Sarah sendiri selain turut mereka-reka cerita melalui penulisan di status dipercayai WhatsApp.
Jangan buat fitnah pasal saya, dan saya harap sila jaga kata-kata dan jaga keluarga sendiri
Susulan pendedahan itu, ibu kepada dua orang anak tersebut turut berpesan kepada orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang membuta tuli tanpa sebarang bukti yang kukuh. Puteri Sarah berharap yang netizen di luar dapat saling jaga kata-kata serta keluarga dengan baik.