Puteri Balqis buat laporan polis, dakwa diganggu bapa secara seksual
Sebelum ini pelakon cilik, Puteri Balqis mendedahkan perangai sebenar bapanya yang dikatakan seringkali melakukan penderaan dari segi mental dan fizikal terhadap ibu bersama dirinya dalam satu podcast.
Menurut laporan Harian Metro, Aqish telahpun membuat laporan polis pada 10.25 malam tadi dan perkara ini disahakan sendiri Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mama.
Dalam laporan, mangsa mendakwa telah diganggu bapanya secara seksual dan tidak menjaga kebajikan anak.
Mangsa juga mendakwa sering dipertontonkan dengan video lucah dalam telefon bimbit bapanya.
Kejadian itu berlaku sejak 2013 sehingga 2017 ketika mangsa berusia enam tahun semasa tinggal di kawasan daerah ini.
Suspek dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap mangsa apabila ibunya tiada bersama di rumah.
Kredit: Harian Metro