Puncanya kerap makan pedas, gadis disahkan hidap kanser ovari & cyst

Puncanya kerap makan pedas, gadis disahkan hidap kanser ovari & cyst

Sebagai rakyat Malaysia sudah pasti menyukai makanan pedas. Apatah lagi dengan pelbagai kehadiran makanan-makanan viral seperti samyang, sos Korea dan pelbagai lagi menu ‘berapi’.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang gadis yang memaklumkan dirinya merupakan penggemar makanan pedas  sehingga pernah ditegur ibunya kerana sering menikmati juadah seperti itu.

Suka sangat makan pedas

Namun, disebabkan tidak mengalami sebarang komplikasi, dia tetap terus menikmati makanan tersebut setiap hari sehinggalah mengalami sakit perut yang luar biasa.

@mrshyaujian daripada Allah ☺🤲#fyp #viral #fypシ #cyst

♬ original sound – Sam Arrow

 

Disahkan kanser ovari & hidap cyst

Pengguna TikTok menggunakan nama akaun @mrshya itu memaklumkan yang dia terpaksa pergi bertemu doktor selepas perutnya begitu sakit dan ketika itu barulah dia menyedari bahawa dia menghidap kanser ovari dan penyakit cyst.

 

Lebih kepada makan makanan yang diproses & segera

Walau bagaimanapun, seorang petugas kesihatan telah memaklumkan yang penyakit dihidapi oleh gadis tersebut bukanlah berpunca dari makan makanan pedas.

Namun boleh jadi makanan yang kerap dimakan adalah dari jenis segera dan makanan yang diproses kerana ia adalah salah satu punca terjadinya keradangan.

Nasihat kepada semua

Pengguna TikTok itu juga memaklumkan konten yang dibuat adalah sebagai salah satu bentuk peringatan dan pengajaran kerana dia sudah menghidap penyakit tersebut disebabkan cara pemakanan yang tidak sihat.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan TikTok berkenaan.

Mereka mengakui banyak kesan buruk memakan makanan pedas dan makanan segera ini, salah satunya adalah seperti yang didedahkan pengguna TikTok berkenaan.

Buat pengajaran semua

Terima kasih bagi kesedaran

Dulu suka makan pedas, sekali dapat gastrik

 

Sumber: TikTok @mrshya