Pukul isteri sampai koma mengaku tak bersalah, sebenarnya ada 4 isteri!

Pukul isteri sampai koma mengaku tak bersalah, sebenarnya ada 4 isteri!

Seorang peniaga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul isterinya yang sedang mengandung sehingga koma di Johor Bharu pada awal bulan lalu.

 

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kes seorang wanita yang sedang hamil disyaki dipukul oleh suaminya sendiri sehingga mengalami kecederaan parah serta menyebabkan koma.

 

Mengaku tidak bersalah

Tertuduh, Rosmaini Abd. Raof telah mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V.M Mabel Sheela di Mahkamah Sesyen Johor Bharu hari ini.

Lebih mengejutkan lagi, lelaki berkenaan sebenarnya mempunyai empat isteri dan dia didakwa telah memukul isteri ketiganya itu pada bahagian kepala, muka, tangan serta menghentakkan kaki pada bahagian belakang badan isterinya sehingga menyebabkan mangsa cedera parah.

Rosmaini telah didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga tujuh tahun serta denda dan 326A kanun Keseksaan yang boleh menyebabkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika didapati bersalah.

Rayu jaminan dikurangkan

Foto kredit : Harian Metro

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd. Rahman menawarkan jaminan sebanyak RM30,000, namun Rosmaini merayu agar jaminan berkenaan dikurangkan kerana dia perlu menanggung empat isteri serta tujuh anaknya.

Mahkamah telah mengurangkan jaminan berkenaan dan tertuduh hanya perlu diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan dua orang penjamin dan dia perlu melaporkan dirinya ke balai polis berhampiran pada setiap bulan.

Rosmaini juga diarahkan supaya tidak mengganggu mangsa dan tarikh sebutan semula kes berkenaan akan diadakan pada 25 Julai nanti bagi pengurusan dokumen.

Sumber : Harian Metro 

COMMENTS