Program PU Azman di Suria FM diganti Ustazah Asni?

Program PU Azman di Suria FM diganti Ustazah Asni?

Bagi pendengar setia radio Suria FM, pasti mengetahui terdapat segmen kerohanian ‘Cik Man Nak Cakap’ yang dikendalikan oleh pendakwah bebas, PU Azman pada setiap pagi Jumaat.

Walau bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, segmen diwujudkan sejak lebih tiga tahun lalu itu dilaporkan sudah ‘bertukar tangan’.

 

 

Difahamkan, penceramah dan pendakwah bebas iaitu Ustazah Asni Mansor pula akan mengendalikan segmen kerohanian tersebut program Morning Morning Suria.

Ia akan bersiaran selama satu jam bermula 8 pagi hingga 9 pagi, bermula esok bersama penyampai Ajak, Shuib dan Suraya.

 

Namun begitu, penggantian segmen masih belum dapat dipastikan kerana PU Azman sudah lama terbabit dengan stesen radio itu yang menjawab setiap soalan pendengar.

 

 

Sementara itu, pihak Harian Metro telah menghubungi Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin untuk meminta penjelasan namun masih belum berjaya.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri) , Instagram PU Azman & Suria FM