Produa Aruz diconteng perkataan ‘janda’ rupanya hanya marketing jenama vape

Produa Aruz diconteng perkataan ‘janda’ rupanya hanya marketing jenama vape

Teknik Pemasaran gerila sering menjadi pilihan pemilik produk kerana kosnya yang tidak tinggi dan mudah untuk viral jika kena gayanya. Namun, ada sesetengah yang memilih untuk menggunakan ‘konten murahan’ bagi melariskan atau memperkenalkan produk mereka kepada umum.

ika difikir secara logik, tidak mungkin mereka yang ‘kantoi’ bermain kasih dengan janda mahu memandu kereta yang sudah diconteng sebegini rupa di khalayak ramai. Lebih-lebih lagi di kawasan tumpuan orang pelancong dan sibuk di pagi hari.

Dalam artikel yang dikeluarkan Berita Harian sebelum ini, Presiden Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Nur Iman Kuala Lumpur dan Selangor (Witus), Shiella Tukimin, berkata masyarakat perlu lebih cakna kerana tidak semua ibu tunggal berfikiran terbuka, kebanyakan mereka terkesan apabila istilah ‘janda’ sering dijadikan bahan mainan, gurauan dan dipersendakan.

Menurutnya, tindakan sesetengah pihak menggunakan istilah ‘janda’ sebagai umpan atau pelaris perniagaan tanpa mengambil kira sensitiviti wanita khususnya ibu tunggal berusaha keras bangkit dan berdikari bukan sahaja perbuatan mengaibkan tetapi turut mengundang pelbagai implikasi negatif terhadap kesihatan mental.

Netizen sebenarnya tidak mempunyai masalah dengan teknik pemasaran gerila tetapi isu yang dimainkan seeloknya tidak memberi gambaran buruk kepada sesuatu golongan.

Semoga menjadi pengajaran buat pemilik produk yang lain supaya berfikir panjang sebelum berbuat sesuatu atau jenama anda mererima kesannya.