“Pregnant ke?” Cantik persis Kareena Kapoor, perut Fasha Sandha jadi bualan netizen

“Pregnant ke?” Cantik persis Kareena Kapoor, perut Fasha Sandha jadi bualan netizen

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan pelakon cantik, Fasha Sandha di sebuah gedung pakaian bersama beberapa orang sehingga menarik perhatian ramai kerana dilihat kini sedang hamil.

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok dikenali Farooq, dilihat aktres berusia 38 tahun itu memakai baju berwarna hijau sambil menjinjit beg kertas di kedua-dua belah tangannya.

Dalam video tersebut, turut memaparkan Fasha sedang membuka pelitup muka sebelum rapatkan diri dan bergambar dengan mereka yang berada di situ.

@alfaromalaysia

#foryou #pyp #viralvideo @fashasandha

♬ original sound – Bushra👑

Comelnya baby bump, pregnant ke?

Bagaimanapun, perubahan bentuk di bahagian perut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan menjadi perhatian ramai sehingga ada yang mengatakan pelakon itu kini sedang hamil anak keempat.

Ingatkan Kareena Kapoor tadi, lawa

Sementara itu, rata-rata warganet memuji kecantikan pelakon drama Dendam Seorang Isteri yang dilihat persis selebriti Bollywood terkenal iaitu Kareena Kapoor.

Dia memang humble, budi bahasa

Selain itu, netizen turut memuji sikap Fasha Sandha yang dilihat sangat merendah diri dan penuh dengan sopan santun ketika bertemu dengan peminat.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan daripada empunya badan mengenai status kehamilan seperti dakwaan warganet sebaik sahaja melihat video tular berkenaan.

Sekadar info, Fasha Sandha mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira, 2 tahun.

 

 

Selain itu, Fasha juga mempunyai dua orang cahaya mata lelaki dan perempuan iaitu Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 menerusi perkahwinan terdahulu bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli.

Sumber: TikTok @alfaromalaysia, @fashasandha