‘Prank’ sembang pasal janda dengan rakan, isteri terus lempar telefon suami

‘Prank’ sembang pasal janda dengan rakan, isteri terus lempar telefon suami

Sebut saja perkataan ‘janda’ pasti para isteri sudah mulai melirik tajam ke arah pasangan masing-masing. Hal ini berikutan banyak kes maslaah rumah tangga mempunyai kaitan dengan status tersebut.

Prank isteri sebut tentang janda

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai @@mattop55 telah membuat ‘prank’ kepada isteri sendiri dengan berbual melalui telefon bersama rakannya dengan meminta nombor telefon seorang ‘janda’.

Reaksi wanita itu benar-benar ‘menakutkan’ apabila merampas telefon bimbit tersebut dan memarahi suaminya. Namun, ‘persengketaan’ tersebut tidak berlanjut lebih lama kerana lelaki itu memaklumkan hal berkenaan sebagai prank sahaja.

@mattop55

Tengok kesudahannya prank gone wrong #fyp #fypシ #fypdongggggggg #esekeli

♬ bunyi asal – Mattop – Mattop

Terus minta balik rumah mak

Walau bagaimanapun, disebabkan bengang dengan tindakan @mattop55, isterinya telah meminta untuk balik kerumah ibunya dan bermalam disana.

@mattop55

Balas kepada @meraa174 dia ajak balik kampung terus bang😂🤣 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #esekeli

♬ bunyi asal – Mattop – Mattop

Telefon dah jahanam

Pengguna TikTok itu turut menjawab beberapa pertanyaan daripada warganet mengenai kondisi telefon pintar yang dirampas oleh isterinya.

Menurut lelaki itu, telefon tersebut sudah rosak dan mempunyai banyak kesan calar.

@mattop55

Balas kepada @_culex nasib boleh on je😂🤣 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #esekeli

♬ bunyi asal – Mattop – Mattop

Isteri datang suruh masuk rumah

Dalam perkongsiannya yang lain di TikTok, @mattop55 turut memaklumkan diminta tidur luar oleh isterinya. Dia juga sempat membalas komen daripada warganet yang ‘prihatin’ dengan nasibnya.

Tak lama selepas itu, isterinya keluar dan mengajaknya masuk ke dalam rumah selepas meminta maaf kerana merajuk. Lelaki tersebut turut meminta maaf kerana membuat ‘prank’ dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.

@mattop55

Balas kepada @zulkeflinaim figt tetap fight 😂🤣 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #esekeli

♬ bunyi asal – Mattop – Mattop

Cepat betul menyerah ye bang

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang telah meninggalkan komen diruangan TikToknya dengan berasa terhibur melihat kerenah suami isteri.

Ada juga yang sempat menyakat lelaki itu dengan menggunakan tagline para suami iaitu ‘beras kita beli’ .

Ending dia mcam tu je mengalah bang

Orang perempuan ni macam kerak nasi

Jangan cakap pasal janda lagi

Beras kita beli bang