Prank Oyen nak kena buang, reaksinya pula bikin ramai terhibur

Prank Oyen nak kena buang, reaksinya pula bikin ramai terhibur

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mencuba prank di mana kononnya mereka ingin membuang kucing atau anjing peliharaan mereka di jalanan. Prank yang sama turut dilakukan pada kucing berwarna oren ini atau si oyen yang menarik perhatian ramai baru-baru ini.

Di dalam prank tersebut, pemilik kucing itu kononnya mahu membuang kucing itu dan melihat reaksi yang diterimanya. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat reaksi si oyen sebaik sahaja sedar dirinya akan dibuang.

@kucinglinahlynn

Reaksi Si Oyen bila prank kena buang oleh Tuannya #oyen #kucingoyen

♬ Oh No – Kreepa

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing berwarna oren itu didukung oleh pemiliknya di mana mereka kononnya di dalam perjalanan mahu membuangnya.

Sebaik sahaja sedar dirinya akan dibuang, kucing itu mula mencengkam baju pemiliknya itu dan tidak mahu melepaskannya pergi. Dia juga kelihatan seolah-olah tahu dengan apa yang akan berlaku padanya selepas itu.

oyen

Lebih mencuit hati, reaksi wajahnya juga kelihatan cuak dan tidak mahu melepaskan pemiliknya itu. Menurut pemiliknya, si oyen itu seringkali membuli kucing yang lain namun kali ini dia pula yang memberikan reaksi takut.

Meninjau di ruangan komen, reaksi takut dari kucing ini turut membuatkan netizen berdekah melihatnya. Ada juga yang berseloroh pastinya si oyen berasa menyesal kerana berkelakuan nakal sebelum ini dan tidak akan mengulanginya lagi.

“Oyen buat hal.”

prank oyen

“Kata gangster tapi cute juga ye…”

kucing

“Itulah kau oyen suka betul kau buli si putih.”

komen

“Muka cuak je oyen…”

tik tok