Polis serbu stesen minyak viral, jadi ‘port’ orang bergambar pula

Polis serbu stesen minyak viral, jadi ‘port’ orang bergambar pula

Tidak dapat dinafikan, dalam era media sosial ini pastinya ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke tempat baru yang trendy kan?

Begitulah ceritanya yang terjadi di sebuah stesen minyak yang terletak di Genting Highland, Pahang. Baru-baru ini, lokasi tersebut menjadi tarikan ramai dek kerana pencahayaannya yang cantik serta berkabus, kalau ambil gambar memang onz lah!

Namun, seperti yang dijangka apabila sesebuah lokasi itu tular, pastinya ramai yang akan ke tempat tersebut sehingga berlaku kesesakkan.

Sesak betul! 

Sebuah perkongsian video di TikTok, menunjukkan terdapat beberapa orang pegawai polis yang menyerbu stesen minyak berkenaan, keadaan di situ sangat sesak dan kelihatan beberapa buah kereta ‘berhimpun’ kawasan tersebut.

@ammarawr_#ad Kena halau 😂 #fyp #ad #xyzbca

♬ bunyi asal – Nies🦋 – Nies🦋

 

Video berdurasi 11 saat itu setakat ini mempunyai lebih 500k tontonan dan lebih 600 komen, ia juga telah mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen.

 

“Nyusahkan org isi minyak , semata nk selpi”

Untitled Design 17

Sumber: TikTok

Ramai netizen yang bersetuju dengan tindakan pihak polis kerana disebabkan terlalu ramai yang berada di stesen minyak itu untuk mengambil gambar dan agak menyusahkan mereka yang ingin mengisi minyak kenderaan.

Hmm, cantik sangat ke ambil gambar kat situ?