Polis periksa rumah banyak kereta ketika Aidilfitri

Polis periksa rumah banyak kereta ketika Aidilfitri

Pihak polis akan mengekalkan rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah sempena perayaan Aidilfitri seperti yang pernah dilakukan pada tahun lalu.

Periksa dari rumah ke rumah

 

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar, pelaksanaan berkenaan dibuat untuk memastikan tiada individu atau pihak yang berjaya melepaskan diri daripada sekatan jalan raya bagi merentas negeri.

Pihak polis akan menggunakan strategi yang sama iaitu membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah sama seperti perayaan tahun lalu.

Kita akan periksa rumah yang ada banyak kereta untuk lihat sama ada mereka mempunyai surat rentas negeri atau sebaliknya.

Ramai yang ambil kesempatan untuk rentas negeri

 

Tambahnya lagi, terdapat sesetengah pihak yang sekarang ini pandai mengatur ‘taktik’ untuk merentas negeri ketika membuat pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR).

Adakalanya, mereka ini sudah semakin pandai. Apabila hujan lebat atau ribut, ada kalanya anggota tidak dapat berkawal di laluan atas faktor keselamatan dan berlindung di pondok.

Ketika itulah ramai yang ambil kesempatan untuk merentas negeri.

Walau bagaimanapun, tindakan yang dibuat oleh pihak polis bukan untuk menghalang orang ramai untuk pulang ke kampung tetapi sebaliknya demi membendung penularan wabak COVID-19.

Sumber : Harian Metro