Polis Melaka tahan penjawat awam dakwa sokong I5r4eL

Polis Melaka tahan penjawat awam dakwa sokong I5r4eL

MELAKA, 19 Mei – Polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 31 tahun, yang didakwa menyokong Israel menerusi satu video berdurasi 59 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengan ACP Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan polis pada pukul 11.13 pagi semalam sebelum lelaki itu dipanggil untuk direkodkan keterangan, beberapa jam kemudian.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati, suspek telah memuat naik satu video di aplikasi berkenaan dengan nama pengguna @pahlawan90, yang menyatakan sokongan terhadap Israel.

“Video tular tersebut telah menimbulkan reaksi negatif daripada masyarakat, kerana dilihat menyentuh sensitiviti agama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Afzanizar berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan didapati suspek memuat naik video tersebut ketika di bawah pengaruh dadah.

Suspek kini direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan berasingan di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain itu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatang khianat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis menyeru kepada orang awam supaya menggunakan paltform media sosial dengan bertanggungjawab, dengan mengelakkan membuat kenyataan yang menyentuh sesnsitiviti mana-mana agama dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” katanya.

— BERNAMA