Polis cari pemandu Hilux ‘buli’ kereta

Polis cari pemandu Hilux ‘buli’ kereta

Bukit Mertajam: Polis sedang mengesan pemandu Toyota Hilux yang didapati memandu secara merbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis mengesan satu video berdurasi satu minit 35 saat yang dimuat naik seorang pelayar Facebook (FB) pada semalam.

 

Menurutnya, video itu memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melakukan buli jalan raya dengan cuba menghimpit sebuah kereta lain sehingga hampir berlaku kemalangan.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kelmarin (Jumaat) pada 2.49 petang di Kilometer 138.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

“Insiden menunjukkan pacuan empat roda terbabit dengan nombor pendaftaran PMX3338 menghimpit sebuah kenderaan nombor pendaftaran tidak pasti yang hampir menyebabkan berlakunya kemalangan.