PM zahir ucapan takziah buat Shuib & keluarga

PM zahir ucapan takziah buat Shuib & keluarga

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah buat Shuib dan keluarga di atas pemergian Siti Sarah. Ucapan tersebut dimuat naik oleh Muhyiddin menerusi akaun media sosialnya.

Salam takziah

Innalillahwaiianilaihirojiun. Takziah saya ucapkan kepada Encik Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu atas pemergian isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, yang meninggal dunia akibat COVID-19 awal pagi ini. Khabar duka kehilangan anak seni yang cukup berbakat ini meninggalkan suami, empat anak termasuk seorang bayi dalam keadaan Allahyarham bertarung nyawa di hospital, amat memilukan. Bukan sahaja ahli keluarga dan para peminatnya, bahkan seluruh rakyat Malaysia termasuk saya turut bersedih.

Menurut Muhyiddin, Siti Sarah merupakan salah seorang anak seni yang cukup berbakat dalam bidang nyanyian. Sebagai Perdana Menteri, beliau turut bersedih di atas berita pemergian penyanyi tersebut. Muhyiddin berharap seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham tabah menghadapi detik-detik yang mendukacitakan ini.

Semoga Allah SWT terus melindungi dan memberi kekuatan kepada kita semua untuk berjuang memerangi pandemik ini. Insya-Allah. Ya Allah, ampunilah, rahmatilah dan redailah mereka yang telah terkorban akibat virus berbahaya ini. Moga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan moga keluarga yang ditinggalkan terus kuat mengharungi hari-hari mendatang. Al-Fatihah.

Ujar beliau lagi, marilah kita semua berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solehah.

Sumber: Muhyiddin Yassin