Pilu tengok anak kucing berkepala dua, mampu bertahan hidup selama 8 jam

Pilu tengok anak kucing berkepala dua, mampu bertahan hidup selama 8 jam

Memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan merupakan salah satu daripada nikmat yang sangat menggembirakan. Manakan tidak, kehadiran haiwan comel itu bahkan boleh menghilangkan tekanan dan kemurungan.

Walau bagaimanapun, setiap pemilik kucing juga perlu bersedia untuk menerima ‘pemergian’ haiwan itu. Jarang sekali kucing akan bertahan hidup untuk tempoh waktu yang lama.

Ia sama ada akan mati kerana sakit atau pelbagai sebab lain. Namun, salah satu yang paling menyedihkan adalah apabila anak kucing mati selepas dilahirkan.

Sama seperti yang dikongsikan oleh Eqin Nusuri di Facebook ini. Menurutnya, kucingnya telah melahirkan enam ekor anak tetapi anak keempatnya mati.

Lebih memilukan, anak kucing itu lahir dalam keadaan songsang dan ia mempunyai fizikal yang tidak normal iaitu berkepala dua. Ia hanya mampu bertahan hidup selama lapan jam sahaja.

Mari ikuti luahan Eqin berkenaan ‘pemergian’ anak kucing itu di bawah ini.

Kucing saya beranak kali kedua. Ada 6 ekor anak dia. Yang ni anak ke-4. Unik sangat ciptaan Yang Maha Esa. Berkepala dua berbadan satu. Ibu dia nak kuarkan dia pun seksa sebab kepala dia besar. Masa tu saya bantu ibu dia kuarkan anak ke-4 ni.

Gambar Via Eqin Nusuri

Dia kuar dalam keadaan songsang (kaki dulu). Tapi sayang cuma bertahan hidup 8 jam je. Sebab mak dia taknak kat dia. Saya cuba dekatkan dia pada ibu dia pun dia macam tak mampu nak buka mulut untuk menyusu kat tutt ibu dia.

Melepek je. Mungkin kepala dia berat dan dia tak mampu nak angkat kepala sendiri. Dia tak bergerak kemana kalau last letak di situ nanti bila tengok semula pasti dia kat tempat yang sama je.

Bye bye baby. Tenanglah awak disana ye.

Sumber: Eqin Nusuri