Pilih pakaian tanpa melihatnya, hasil pertunjukkan fesyen bikin ramai berdekah

Pilih pakaian tanpa melihatnya, hasil pertunjukkan fesyen bikin ramai berdekah

Golongan muda pasti bosan duduk di rumah tanpa dapat melakukan banyak aktiviti selain menggunakan media sosial dan menonton TV jadi tidak hairanlah banyak aktiviti-aktiviti lucu yang muncul sepanjang musim PKP untuk menghilangkan kebosanan.

Sebuah video TikTok yang telah mencuri perhatian ramai di Twitter baru-baru ini memaparkan cara kreatif sekumpulan remaja meluangkan masa di rumah dengan aktiviti pertunjukkan fesyen.

4 orang pemuda yang merupakan adik beradik itu muncul dengan permainan lucu di mana mereka memilih pakaian atau objek yang dipegang oleh adik beradik lain di belakang mereka untuk menghasilkan satu gaya lengkap bagi pertunjukkan fesyen mereka.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna Faisal Suhaimi, dia diihat duduk di sofa sementara adik beradiknya berdiri di belakang sofa sambil memegang beberapa pakaian dan objek.

Dia kemudian perlu memilih salah satu pakaian yang dicadangkan tanpa melihat pakaian apa yang dipilih dan langkah itu diulang dengan adik beradik lain sehingga mereka semua mempunyai gaya lengkap yang dipilih sendiri secara rawak.

Akhir sekali mereka memperagakan gaya-gaya yang telah mereka pilih dan hasilnya sangat melucukan apabila ada yang memilih bakul untuk dipakai sebagai topi dan pemarut sayur sebagai beg.