Pijak sejadah ketika pelajar sedang solat, perbuatan biadap guru memakan diri dipecat sera merta

Pijak sejadah ketika pelajar sedang solat, perbuatan biadap guru memakan diri dipecat sera merta

Tindakan biadap seorang guru wanita di Florida, Amerika Syarikat yang mengganggu pelajar-pelajar beragama Islam ketika menunaikan solat mengundang padah apabila dia dipecat serta-merta.

Tiup wisel dan halang solat di pejabat

Insiden itu turut tular di TikTok apabila situasi yang dirakam melibatkan tiga orang pelajar lelaki sedang menunaikan solat di pejabat guru berkenaan.

Walau bagaimanapun, guru terbabit difahamkan masuk ke pejabatnya dengan meniup wisel dengan kuat bagi tujuan untuk mengganggu ketenangan ketiga-tiga pelajar tersebut.

Bukan itu saja, guru tersebut juga bertindak memijak sejadah yang sedang digunakan oleh salah seorang pelajar semasa dia sedang bersujud.

Pelajar tetap teruskan solat

Walaupun diasak dengan gangguan daripada guru mereka, kesemua pelajar berkenaan tetap meneruskan solat seperti tiada apa yag berlaku.

Disebabkan video tersebut tular sehingga meraih lebih tujuh juta tontonan, pihak sekolah berkenaan mula menyiasat hal berikut dan sama sekali tidak akan memandang ringan dengan tindakan guru itu.

Ekoran itu, wakil dari pihak Akademi Franklin memaklumkan bahawa guru terbabit telah dipecat dan menegaskan bahawa dia bukan lagi kakitangan di akademi berkenaan.

Video

@gawpu

i literally dont even believe what happened to me is real im still shook. #muslim #praying #tate #prayer #andrewtate #andrewmuslim #kanye #islam

♬ snowfall – Øneheart & Reidenshi

Sumber: Harian MetroLocal 10TikTok