Photoshoot dengan isteri, suami cuak terlepas cakap pasal nikah

Photoshoot dengan isteri, suami cuak terlepas cakap pasal nikah

Bila bersama dengan suami atau isteri ni, kadang-kadang ada saja benda kelakar yang berlaku sama seperti ketika berada bersama kawan-kawan. Macam yang dikongsikan Instafamous, Norreen ini tentang gelagat suaminya yang ‘terciduk’ selepas terlepas cakap.

Sampaikan video tersebut tular dikongsikan di Tik Tok dan meraih hampir dua juta tontonan setakat ini. Netizen juga tidak dapat menahan ketawa mereka melihatkan reaksi spontan dari suami wanita ini.

@norreen143_

Bila isteri jadi photographer. AWAS EH JANGAN SALAH NGOMONG MAS. #husbandwife #selamathariraya

♬ original sound – Norreen143 – Norreen143

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan Norreen sedang menjadi jurugambar di dalam sesi photoshoot yang dilakukan suaminya itu. Dia juga meminta suaminya itu melakukan beberapa gaya untuk gambar tersebut.

Gelagat Norreen yang mengarahkan suaminya melakukan pelbagai gaya juga turut menghiburkan ramai ditambah pula dengan nada garangnya.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah apabila si suami mula terlepas cakap untuk melakukan gaya akad nikah membuatkan si isteri bertanya adakah dia berhajat untuk berkahwin lagi. Sebaik saja sedar dirinya terlepas cakap, lelaki itu terus cuak dan menidakkannya.

Reaksi takut-takut dari lelaki itu turut membuatkan netizen terhibur. Malah, Norreen juga sempat berseloroh ini mungkin gambar terakhir lelaki itu yang diambilnya. Ada juga yang terhibur melihat lelaki itu yang seperti redha dengan apa yang berlaku.