Petronas diiktiraf jenama minyak, gas terkuat di dunia untuk 2022

Petronas diiktiraf jenama minyak, gas terkuat di dunia untuk 2022

Petronas Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Terkuat Di Dunia Untuk 2022

Petronas merangkul tempat teratas dalam carta “10 Syarikat Jenama Gas & Bahan Api (minyak) Terkuat” pada tahun 2022 yang telah dikeluarkan oleh Brand Finance pada 11 May lalu.

Memetik Brand Finance, mereka bukan sahaja mengira value sesuatu produk tapi juga menentukan relatif jenama melalui kad skor metrik yang seimbang untuk menilai pelaburan pemasaran, stakeholder equity serta prestasi perniagaan.

Mengikut ISO, penilaian Brand Finance terhadap stakeholder equity menggabungkan data penyelidikan pasaran asal daripada lebih 100,000 responden dari lebih 35 buah negara dan merentasi hampir 30 sektor.

Petronas (nilai jenama meningkat kepada 13% bersamaan RM59 bilion) merupakan jenama terkuat dalam ranking dengan skor Indeks Kekuatan Jenama (BSI) 87.7 daripada 100 dan diberikan penarafan AAA.

Petronas berada pada kedudukan yang baik untuk mengukuhkan lagi jenamanya dengan menyasarkan penyediaan pilihan tenaga (gas) dan bahan api (minyak) yang pelbagai secara mampan, dalam masa yang sama Petronas juga sedang usaha menjayakan misi untuk memastikan produk mereka akan melepaskan asap bersih dengan kadar sifar karbon menjelang 2050.

Dalam pada itu, Syarikat Minyak Kebangsaan Abu Dhabi (ADNOC) terus mencapai pertumbuhan secara berterusan dengan nilai jenama yang ketara. Difahamkan, syarikat ini telah berjaya meraih 174% peningkatan dalam nilai jenama sejak dibangunkan pada tahun 2017.

Pada tahun ini, nilai tersebut sekali lagi meningkat sebanyak 19% sekaligus telah merebut tempat dalam kedudukan jenama minyak dan gas kesembilan paling bernilai di dunia.

 

Sumber: Brand Finance