Peserta SUKMA tiba-tiba pengsan waktu pertandingan angkat berat, satu dewan cemas

Peserta SUKMA tiba-tiba pengsan waktu pertandingan angkat berat, satu dewan cemas

Bermula 16 September lalu telah pun bermulanya penganjuran kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-20. Temasya kali ini pula diadakan di sekitar Lembah Klang, manakala atlet ditempatkan di beberapa buah universiti tempatan. Sehingga semalam, Johor masih lagi di kedudukan teratas dengan merangkul 69 pingat emas disusuli Wilayah Persekutuan serta Terengganu.

BACA: Gara Gara Salah Lirik Pula Minggu Ini, Ifa Raziah Jadi Peserta First Tersingkir

Sedih tengok kawan bila blackout

Ketika dalam satu acara untuk permainan angkat berat, malah berlaku satu kejadian yang cukup mengejutkan ramai. Pada awalnya, seorang peserta yang mewakili pasukan Kedah dilihat tampil ke pentas dengan yakin dan tiada masalah untuk mengangkat beban seperti dipertandingkan.

 

@rockyou6461

Sedih tengok kawan apabila Blackout☹️☹️☹️#ditajafyp #ditajaolehfyp #ditajaolehdirisendiri #sukmaxx #weightliftingkelantan

♬ オリジナル楽曲 – マイクラ_パロってる – パロってる_Parotter🇯🇵

Peserta angkat berat pengsan?

Walau bagaimanapun, tiba-tiba sahaja atlet berkenaan tiba-tiba pengsan ketika sedang menahan ‘pemberat’ berkenaan untuk beberapa ketika sebagai kelayakan. Mujurlah besi angkat berat tersebut tidak terpelanting ke arah mana-mana bahagian badan pemuda berkenaan. Sejurus kejadian, pasukan perubatan yang sudah standby berdekatan terus bergegas untuk periksa keadaan peserta tersebut.

 

@ajaitahiron

SUKMA XX 2022 MALAYSIA PESERTA ANGKAT BERAT PENGSAN? #guagelaman #tiktokgelaman #juragangelaman #fyp #viral #kangean

♬ オリジナル楽曲 – マイクラ_パロってる – パロってる_Parotter🇯🇵

Pitam dan gelap mata sebab tekanan pada leher dia…Nasib baik tak hempap tangan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui cukup risau dan turut merasa cemas dengan situasi yang menimpa remaja tersebut. Dalam pada itu, ramai juga dilihat bertanyakan apakah agaknya keadaan terkini atlet berkenaan selepas pitam sebegitu.

[VIDEO] Satu Dewan Cemas, Peserta SUKMA Tiba-Tiba Pengsan Tengah Angkat Berat 2[VIDEO] Satu Dewan Cemas, Peserta SUKMA Tiba-Tiba Pengsan Tengah Angkat Berat 3[VIDEO] Satu Dewan Cemas, Peserta SUKMA Tiba-Tiba Pengsan Tengah Angkat Berat 4

Kredit: TikTok Juragan Gelaman & Jack Sparrow