Pesakit positif Covid-19 lari dari hospital

Pesakit positif Covid-19 lari dari hospital

Di Sungai Petani, Kedah, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki yang juga pesakit positif Covid-19 yang dipercayai melarikan diri dari wad Hospital Lama, semalam.

Tiada di wad

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai sedang menjalani tempoh kuarantin pada hari keenam selepas disahkan positif Covid-19. Namun begitu, pihak hospital menyedari bahawa lelaki tersebut telah tiada di wad kira-kira pukul 8.45 pagi. Tambah Adzli, jururawat di wad B1 hanya menyedari kehilangan tersebut selepas mendapati pesakit itu tiada di katilnya.

Berdasarkan maklumat, pesakit itu dipercayai mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada Khamis lalu untuk melakukan pembedahan kecil pada tangannya yang bernanah.

Namun hasil ujian swab yang dilakukan mendapati dia positif Covid-19 sebelum dihantar ke pusat kuarantin di Hospital Lama Sungai Petani, Jumaat lalu.

Pesakit lain turut memaklumkan kepada jururawat berkenaan bahawa lelaki tersebut telah membawa beg dan barangan miliknya ketika keluar pada jam 6.30 pagi.

Gagal ditemui di rumah

Sekadar gambar hiasan

Ujar Adzli lagi, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak dapat mengenal pasti sama ada pesakit berkenaan mempunyai kontak rapat dengan sesiapa berikutan kes itu masih dalam siasatan. Pada masa yang sama, pasukan khas yang mencari pesakit tersebut gagal menemuinya di rumahnya.

Pihak KKM juga turut dimaklumkan untuk mengesan lelaki berkenaan dan sekiranya dia ditemui, kita akan hubungi pihak KKM untuk tindakan lanjut. Berikutan itu kes disiasat mengikut Seksyen 11(3)(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sumber: Harian Metro