Perut kelihatan kecil, ibu tak sangka anak usia 13 tahun bersalin

Perut kelihatan kecil, ibu tak sangka anak usia 13 tahun bersalin

Seorang ibu tidak menyangka apabila melihat anak perempuannya yang baru berusia 13 tahun tiba-tiba bersalin di kediaman mereka di sebuah perkampungan di Kota Belud, Sabah, kelmarin.

Menerusi Harian Metro, wanita berkenaan tersedar daripada tidur pada jam 3 pagi dan mendapati anak perempuannya itu sedang membersihkan bayi perempuan. Si ibu tidak perasan bahawa anaknya itu sedang mengandung memandangkan perutnya kelihatan kecil.

Sejurus sedar dengan insiden tersebut, mereka dibawa ke Hospital Kota Belud untuk diberi rawatan. Menurut Supritendan Sahimi Husin selaku Ketua Polis Kota Belud, siasatan awal mendapati mangsa pernah dirogol oleh sepupu yang berusia 14 tahun sebanyak tiga kali sejak Ogos lalu.

Suspek sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Marudu dan hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Kredit : Harian Metro