Persenda Nabila Razali, isteri tegur Atu Zero sendiri ‘haih buat hal lakiku’

Persenda Nabila Razali, isteri tegur Atu Zero sendiri ‘haih buat hal lakiku’

Tak marah tapi kecewa, demikianlah antara reaksi ‘jujur’ Nabila Razali terhadap komen Atu Zero yang menyindir dirinya tidak boleh nyanyi secara live ketika menjuri program minggu ke-2 ‘The Masked Singer Malaysia‘ (TMSM3). Bahkan, dia turut menyifatkan perkara tersebut sama seperti jenaka melibatkan isu body shaming kerana secara tidak langsung menjejaskan imej artis lain.

@anynimoussss

🥺Respond #nabilarazali #atuzero #bodyshaming #themaskedsingermalaysia #sitangkis #fyp #fypシ #fypage #foryoupage #trending

♬ original sound – nescafe_iCe – nescafe_iCe

Dari segi kata-kata memang salah…tapi anggaplah ia sebagai pemangkin semangat untuk menyanyi lebih baik selepas ini

Atu kemudian menjelaskan komen tersebut bukan rekaan, sebaliknya kenyataan yang pernah tular di segenap media sosial sebelum ini. Meskipun dia mengaku silap atas ketelanjuran kata tempoh hari, namun pelawak ini berharap Nabila lihatnya daripada sudut pandang berbeza sekali gus memperbaiki lagi mutu nyanyiannya.

 

 

Haih buat hal lakiku…banyak sangat baca comment netizen dia ni

Malah Shafeeqa Johari juga tidak menyangka suaminya ‘buat hal’ apabila terpalit dalam isu sedemikian, sambil berseloroh mungkin akibat baca terlalu banyak komen netizen. Malah pelbagai misi bantuan yang mereka sendiri terlibat atau anjurkan pun tidak pernah dapat liputan viral meluas sebegini.

Minta maaf ya Nabila Razali…dia melawak saja tu

Sambil memohon maaf bagi pihak suaminya, dia juga akui meminati Nabila Razali dalam pelbagai drama lakonannya. Selain sudah menegur tindakan Atu Zero, Shafeeqa juga berharap orang ramai tidak label pelawak berkenaan sebagai yang ‘bongkak’ susulan tularnya klip komen yang viral tersebut.

 

Kredit : FB & IG shafeeqa_johari