Persembahan Khai Bahar & Aina Abdul memukau penonton

Persembahan Khai Bahar & Aina Abdul memukau penonton

Penampilan penyanyi Aina Abdul yang mengenakan persalinan gaun yang dihiasi dengan bungaan segar di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) mencuri perhatian penonton.

Lengkap dengan kasut tinggi yang unik, penampilan Aina seperti biasa pantas menerima reaksi pelbagai dalam kalangan wargamaya.

“Penampilan dan persalinan saya malam ini dicantikan oleh Noir. Letup tak? Aina jadi ‘pokok’ dah hari ni, letup tak?,” seloroh Aina.

Aina pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat pasangan duetnya menerusi Lagu Nafas Cinta, Khai Bahar.

“Saya puas hati, ahamdulillah. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada pasangan duet saya Khai Bahar,” katanya selepas ditanya hos, Nabila Huda mengenai persembahan mereka sebentar tadi.

Terdahulu, Nafas Cinta ciptaan Aina dan Khai bersama Wan Zakaria berentap bersama 11 buah lagu lain bagi merebut gelaran Juara Lagu edisi terbaru yang bersiaran secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, WTCKL, Kuala Lumpur.

Juara bagi kategori utama bakal meneruma trofi bersalut emas bersama wang tunai berjumlah RM100,000.