Perselisihan ahli sindikit dadah punca ejen jualan kosmetik dilarikan

Perselisihan ahli sindikit dadah punca ejen jualan kosmetik dilarikan

Perselisihan antara ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca utama seorang wanita yang merupakan ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu pada 13 September lalu.

Dalam laporan dari Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memaklumkan yang siasatan awal pihaknya mendapati suami kepada mangsa dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah.

Suami mangsa juga ditahan

Susulan daripada itu, pihak polis sudahpun menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan wanita semalam bagi membantu siasatan.

“Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.
“Polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang melarikannya kelmarin,” katanya.

 

Terdahulu, seorang ejen kosmetik telah dilarikan dari rumahnya oleh sekumpulan lelaki bersenjata selepas menjawab salam dari mereka di pintu rumah.

Ketika itu, bapa mangsa dan anaknya berada di dalam rumah tidak dapat berbuat apa-apa kerana salah seorang daripada suspek mengacukan pisau ke arah warga emas terbabit.

Dari maklumat kenalan mereka, wanita terbabit dipercayai dibawa lari ke sempadan negara menggunakan bot.

 

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Mohd Rahimn)