Pernah viral wajah mirip Shuk Sahar, pengasas kosmetik Ciknon meninggal dunia

Pernah viral wajah mirip Shuk Sahar, pengasas kosmetik Ciknon meninggal dunia

 

 

 

Beberapa tahun lepas, pernah tular video-video kontroversi seorang founder kosmetik yang menggelarkan diri sebagai Ceknon di media sosial terutamanya di Facebook.

Dia yang gemar membuat live di media sosial turut dikatakan mirip pelawak terkenal Shuk Sahar sehingga menjadi bahan gurauan netizen.

Suami khabarkan Ceknon sudah tiada

Walau bagaimanapun, menerusi perkhabaran terkini Ceknon atau nama sebenarnya, Norshahadah Aisyah di beberapa posting di media sosial hari ini, ada yang memaklumkan founder kosmetik berkenaan telah meninggal dunia.

Menerusi video yang dikongsikan suaminya di TikTok @sabarituindah24434, dia mengesahkan  isterinya telah meninggal dunia pada pukul 3.45 pagi tadi.

Tak akan buat live semasa upacara pengebumian nanti

Suami kepada Ceknon yang sinonim dengan pakaian yang berwarna merah jambu dan rambut blonde ketika melakukan siaran langsung di Facebook atau TikTok untuk mempromosikan produk kosmetiknya juga memaklumkan yang dia tidak akan membuat sebarang live semasa upacara pengebumian isterinya nanti

Mohon maaf andai isteri ada kesalahan semasa hidup

Dalam pada itu, dia bagi pihak arwah isteri memohon orang ramai yang mengenali allahyarham supaya dapat memaafkan segala kesalahannya.

Difahamkan, allahyarham dikatakan mengalami jangkitan kuman di otak selepas dimasukan ke Hospital Kajang setelah tiga ke empat hari mengalami cirit birit sehingga doktor terpaksa menidurkannya.

Perkongsian tersebut sememangnya mengejutkan banyak pihak terutama warganet yang mengikuti founder produk berkenaan di media sosial.

Dia yang kerap melakukan live di Facebook dan TikTok mempunyai pengikut yang tersendiri walaupun kadang kala video allahyarham berpakaian kurang disenangi ramai.

Ramai yang zahirkan dukacita

Walau bagaimanapun, rata-rata mendoakan agar allahyarham Ceknon ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap ahli keluarga yang ditinggalkan berada dalam keadaan sabar mengharungi berita duka ini.

Lihat Video:

Wajah Pernah Dikatakan Mirip Shuk Sahar, Founder Ceknon Viral Telah Menlngg4l DunIa – Kosmo

Salam takziah.