Pernah tular petah berbicara, adik ini kongsi kisah dukanya

Pernah tular petah berbicara, adik ini kongsi kisah dukanya

Video rakaman lelaki ini sudah beberapa tahun memenuhi ruangan internet dengan gelagatnya yang petah berbual.

Seringkali dirinya dirakam sama ada dalam sedar atau tidak, ramai tak tahu sebenarnya kisah hidupnya penuh dengan kesedihan.

“Gaji cuci pinggan RM10 bagi adik-adik makan”

Menerusi video TikTok yang dimuatnaik oleh adiknya, lelaki yang dikenali sebagai Baha ini dahulunya seorang pelajar yang pintar.

Memiliki cita-cita yang tinggi, Baha ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda selepas menamatkan sesi persekolahan di tingkatan 6.

Baha yang menjadi ketua keluarga gagal untuk melanjutkan pelajaran seperti kawan-kawannya, dan hanya mampu bekerja sebagai tukang cuci pinggan di kedai makan dengan gaji sebanyak RM10 sehari.

@sayatiarachannnel

kisah hidup baha #fyp #fypシ

♬ original sound – 👸💜Nika Princess💜👸 – 👸💜Nika Princess💜👸

Pernah bakar sijil sekolah

Tertekan dengan keadaan hidup serta gagal melanjutkan pelajaran, lelaki itu pernah membakar sijil yang dimilikinya sewaktu masih bersekolah.

Keadaan Baha menjadi semakin buruk selepas rumah didiami oleh keluarga mereka dilelong.

Baha sebagai anak sulung mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga untuk memastikan kehidupan keluarganya terjamin.

@sayatiarachannnel

kdg2 sy xnk jwp soalan ni..sebab sedih untuk cerita smue ye..tp sy tpkse cerita untuk xjd fitnah. #fypシ #fyp

♬ original sound – tiara 🇲🇨🇲🇾🇹🇷🇵🇰 – tiara 🇲🇨🇲🇾🇹🇷🇵🇰

“Biasalah lelaki sulung”

Video yang telah mendapat sebanyak 625.5 ribu tontonan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata turut bersedih dengan kehidupan sebenar lelaki itu

Setakat ini video tersebut telah dikongsi sebanyak 1,194 kali oleh pengguna laman tersebut dan rata-rata berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kehidupan lelaki itu.

Sumber : TikTok @sayatiarachannel