Pernah pertikaikan vaksin, netizen korek status lama abang Siti Sarah mengenai Covid-19

Pernah pertikaikan vaksin, netizen korek status lama abang Siti Sarah mengenai Covid-19

Kes akibat wabak Covid-19 kini semakin membimbangkan ramai pihak dengan kadar kematian yang semakin tinggi.

Tapi masih ada lagi segelintir pihak yang meragui akan kewujudan virus ini serta vaksin yang digunakan untuk membendung penularannya.

Selepas kematian arwah Siti Sarah , abangnya pula menjadi perhatian ramai setelah dia pula ditidurkan kerana dijangkiti virus Covid-19.

Menurut laporan Berita Harian, abangnya bagaimanapun dikatakan telah mula sedar sejak 3 hari yang lalu.

“Cucuk lah cucuk… Cucuk sampai lebam…”

Bagaimanapun abang kepada selebriti itu, Ahmad Firdous Raisuddin menjadi perhatian netizen setelah status yang pernah dimuatnaik di laman Facebooknya mula tular.

Menerusi perkongsian itu, Firdous dikatakan telah memuatnaik status seolah-olah mempertikaikan keberkesanan vaksin Covid-19 yang sedang giat diberikan kepada orang ramai.

“Semoga diberi kesembuhan”

Walaupun ramai netizen dikatakan tidak berpuas hati dengan perkongsian yang dibuat oleh lelaki itu, namun terdapat juga di antara mereka yang sempat menitip doa buat kesembuhan abang selebriti tersebut.

“Doa yang elok-elok”

Menerusi komen yang dimuatnaik oleh netizen di posting Firdous, ramai diantara mereka yang sempat berpesan kepada pengguna lain supaya sentiasa menjaga adab ketika meninggalkan komen.

Terakhir, Firdous sempat memuatnaik di laman Facebook mengenai keadaan semasanya pada 12 Ogos lalu, dan sehingga itu tiada sebarang perkongsian dibuat oleh lelaki itu lagi.

Sumber : Facebook Ahmad Firdous Raisuddin