Pernah nangis lihat kereta arwah Abam diguna orang lain, kini Hidayah beli Vellfire hasil usaha sendiri

Pernah nangis lihat kereta arwah Abam diguna orang lain, kini Hidayah beli Vellfire hasil usaha sendiri

Pemergian pelawak terkenal Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 sememangnya memberi tamparan hebat buat industri seni Tanah Air.

Walau bagaimanapun kemelut yang melanda ahli keluarga arwah serta balunya, Siti Nurhidayah Mohd Ali mengenai harta peninggalan allahyarham sememangnya menjadi perhatian ramai susulan kes tersebut telah dibawa ke mahkamah.

Kes berkenaan juga difahamkan telah selesai dan masing-masing telah menerusikan kehidupan sendiri.

Nampak kereta arwah suami

Dalam perkongsian terbaru Hidayah di aplikasi TikTok miliknya, dia telah memuat naik video yang dirakam secara tidak sengaja ketika terlihat kenderaan milik arwah suaminya di lebuh raya.

“Ternampak kereta arwah suami. BNP 639. Hanya tinggal kenangan. Hamzah nanti doakan perniagaan ibu berjaya. Boleh ibu beli kereta macam arwah ayah. Ayah pernak kata untuk keselesaan anaknya,” tulisnya ringkas.

Semoga segala urusan dipermudahkan

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai terutamanya warganet yang mengikuti perkembangan kes melibatkan keluarga allahyarham Abam dan Hidayah sebelum ini.

Rata-rata memahami perasaan yang dirasai balu pelawak itu dan mendoakan agar wanita tersebut sabar serta terus kuat demi anak mereka iaitu Syed Uthman Hamzah.

Doa orang teraniaya ini didengar Allah


Kereta telah dilelong?

Patutnya sebelum difaraid kena uruskan hutang2 arwah dahulu


Terdahulu, adik kepada arwah Abam yang juga bekas peserta Maharajalawak Mega ada membuat pengakuan bahawa tiada ‘job’ selama dua tahun mungkin disebabkan kes yang berlangsung di mahkamah.

Dalam pada itu, dia juga ada menyuarakan hasrat untuk kembali berbaik dengan kakak iparnya agar masing-masing kembali berdamai setelah melalui pelbagai ‘drama’ keluarga berhubung harta selepas pemergian allahyarham.

Terbaru, Hidayah menerusi IG miliknya buat satu perkongsian bersama kereta baru miliknya..

 

Antara komen yang sempat dilihat pada ig miliknya,