Pernah kecewa ibu pilih duit, abang Tangmo pula tarik diri tuntut keadilan kematian adik.

Pernah kecewa ibu pilih duit, abang Tangmo pula tarik diri tuntut keadilan kematian adik.

Melihat perkembangan siasatan serta penemuan bukti baru di Sungai Chao Phraya oleh pasukan penyelam, nampaknya kebenaran tentang pemergian Mo dipercayai semakin menghampiri penghujung. Terdahulu, Panida Siriyudthayothin iaitu ibu kepada mendiang pernah mencetuskan kontroversi setelah dikhabarkan bakal menerima wang duka daripada 2 suspek kejadian.

Saya tak kisah pasal duit…Saya akan tuntut keadilan buatmu, Tangmo

Turut tidak bersetuju dengan keputusan ibunya, abang mendiang, Khun Dayos sempat meluahkan rasa kecewa kerana pemergian Mo ibarat dipandang sebagai hal remeh. Akan tetapi, dia berani ‘melawan arus’ lantas bekerjasama dengan Peguam Tumm Sittra untuk terus memperjuangkan keadilan di sebalik insiden malam 24 Februari itu.

Dulu Kecewa Ibu Pilih Duit, Kini Abang Mo Pula Tarik Diri Dari Tuntut Keadilan 2

Abang tiba-tiba tarik diri & enggan terlibat dengan Peguam Tumm

Malang sekali, Peguam Tumm kembali mendapat khabar duka apabila Khun Dayos tiba-tiba sahaja menarik diri dan enggan terlibat lagi buat masa sekarang. Difahamkan juga, Panida telah mengirimkan sepucuk surat dengan peringatan agar pihak Tumm tidak masuk campur lagi dalam siasatan mengenai Mo.

Dulu Kecewa Ibu Pilih Duit, Kini Abang Mo Pula Tarik Diri Dari Tuntut Keadilan 4
Surat yang diberikan Panida untuk Peguam Tumm

Dulu Kecewa Ibu Pilih Duit, Kini Abang Mo Pula Tarik Diri Dari Tuntut Keadilan 5

Abang Mo lebih menghargai nilai kekeluarga…Hormat keputusan ibu

Akibat perbezaaan pendapat, sebelum ini Khus Dayos dan Panida telah melantik 2 orang peguam yang berbeza. Namun untuk Peguam Tumm Sittra, sejak awal lagi beliau memang sangat tegas dan banyak memberikan tekanan kepada pihak berkuasa supaya kebenaran cepat terungkai. Memahami ikatan kekeluargaan adalah segala-galanya, sebab itulah abang mendiang mengundur diri dan mengikut perancangan ibunya.

Dulu Kecewa Ibu Pilih Duit, Kini Abang Mo Pula Tarik Diri Dari Tuntut Keadilan 6