Pernah hidup susah, Bonda Rozita tegur DSV -“Tak semua orang miskin meminta-minta”

Pernah hidup susah, Bonda Rozita tegur DSV -“Tak semua orang miskin meminta-minta”

Berikutan kenyataan berkenaan bendera putih yang dikongsi menerusi video di TikTok, Datuk Seri Vida (DSV) telah menerima kecaman hebat daripada netizen yang menyifatkan DSV tidak menjaga sensitiviti ramai.

Lantaran itu, ibu kepada Datuk Aliff Syukri, Rozita Ibrahim yang juga merupakan seorang usahawan memberi ulasan mengenai kenyataan DSV berkenaan.

“Ayat malas tak sesuai digunakan, rakyat sedang stress”

 

Menurut founder jenama Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya berkenaan, situasi sekarang tiada kaitan langsung dengan orang malas untuk bekerja akan tetapi pandemik yang membataskan usaha mereka.

Mesra dipanggil Bonda, wanita itu menegaskan sebelum wujudnya wabak ini orang ramai sama sekali tidak pernah mengibarkan bendera putih demi meminta bantuan.

“Saya pernah lalui kemiskinan tapi bukan dalam Covid-19. Tak semua orang miskin meminta-minta! ayat malas tak sesuai digunakan dalam rakyat stres. Kita simpati kita kena ada sensitivity sebab manusia sekarang sangat teruk perasaannya,” ujarnya.

Sementara itu, Bonda turut menjelaskan tidak perlu salahkan sesiapa pada waktu ini kerana setiap individu mahukan kehidupan seperti dahulu yang bebas ke sana ke sini walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.

“Dalam isu sekarang kita jangan salahkan sesiapa pun! Kita semua dah cukup tertekan kita semua usaha nak membantu kurangkan tekanan. Logiknya tiada orang suka naikkan bendera putih.
“Saya tengok pun sedih dan saya tak gembira dengan keadaan negara kita sekarang, sebab rakyat kita bukan jenis meminta-minta. Semua orang nak kerja tak harap duit kerajaan!” jelasnya.

Mengakhiri coretan, Bonda sempat meluahkan rasa hormat terhadap DSV dan memuji niatnya ingin memberi semangat kepada rakyat.

Namun begitu, dia juga berpesan supaya berhati-hati sebelum berkongsi sebarang kenyataan kerana bimbang ia boleh mengguris orang ramai.

Setuju dengan ayat bonda

 

Mereka kibar bendera putih kerana terpaksa

Orang kaya tak faham

Mereka pun ada maruah

Terdahulu, DSV mengeluarkan kenyataan menasihati golongan memerlukan agar jangan malas berusaha dan jangan mengharap bantuan bendera putih sahaja.

Berikutan itu, ramai netizen terguris dengan kenyataan tersebut dan mengecam tindakan usahawan kosmetik berkenaan.

Sumber: Instagram Bonda Rozita