Pernah digelar ikon permotoran, Haqim Stopa disaman gara-gara tiada lesen memandu
Nama ‘ikon permotoran’ Haqiem Stopa rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya pemuda berusia 22 tahun itu menjadi bualan ramai selepas Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberikan gelaran kepadanya sebagai ikon permotoran anak muda.
Terbaru, tular gambar Tiktokers itu dikenakan saman kerana tidak mempunyai lesen kenderaan. Menerusi gambar itu, Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar baru sahaja disaman pada 17 Julai lalu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pukul 11.39 minit malam.
Perkongsian itu menarik perhatian ramai di mana ramai ‘geli hati’ apabila mengenangkan ikon permotoran yang ‘disanjung’ itu sebenarnya tidak mempunyai lesen memandu.
Steady ikon permotoran!
Terdahulu, video kehadiran Haqiem Stopa ke sekolah untuk berkongsi kisah kehidupannya telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata kurang bersetuju dengan perkara tersebut.
Malah, Menteri Kanan Pelajaran ,Senator Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin mengatakan pihak KPM akan memanggil pemuda tersebut.
Sumber: Facebook Kau ninggal jela