‘Perjuangan kita masih belum selesai’

‘Perjuangan kita masih belum selesai’

Neelofa menerui status terbaru di akaun Facebook miliknya menzahirkan rasa syukur selepas pergolakan di Israel – Gaza berakhir menerusi gencatan senjata yang diumumkan oleh wakil kedua-dua pihak pagi ini.

 

Perjuangan belum selesai

Tulis Neelofa, ini hanyalah permulaan kepada kebebasan sebenar namun perjuangan masih belum selesai. Umum mengetahui Neelofa antara selebriti tempatan yang lantang bersuara memperjuangkan nasib umat Islam di negara bergolak itu. Ia turut diakui Mawar Rashid.

Perkongsian Neelofa berkenaan gencatan senjata itu bagaimanapun menerima respon berbeza daripada pengikutnya yang masih belum ‘melupakan’ isu pelanggaran SOP oleh Neelofa dan pasangan tempoh hari. Ada yang meninggalkan pesanan agar selebriti popular ini lebih peka dengan isu semasa memandangkan segala pergerakannya diperhati peminat setia.

Terdahulu, Neelofa dan pasangan mengaku tidak atas tiga pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Susulan daripada itu, Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan Muhammad Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Sumber: Neelofa