“Pergi la berlatih dulu!” – Isa Isarb nak buat perlawanan, ajak Aedy Ashraf bertinju?

“Pergi la berlatih dulu!” – Isa Isarb nak buat perlawanan, ajak Aedy Ashraf bertinju?

Tindakan pelakon, Aedy Ashraf memuat naik tangkapan skrin perbualan dengan YouTuber kontroversi Isa Isarb melalui pesanan mesej di Instagram mengundang pelbagai reaksi warganet.

Menerusi ciapan di laman Twitter, pelakon berusia 28 tahun itu seolah-olah menyahut satu cabaran sebelum mendapat maklum balas daripada Isa yang bercakap mengenai ‘perlawanan’.

“Kita nak fight dia, dia nak bagi kita nasihat pulak. Anne teh tarik ikat tepi satu,” tulis pelakon drama Budak Tebing itu.

Berdasarkan maklum balas tersebut, Isa dipercayai bercadang untuk mengadakan sebuah perlawanan tinju di stadium yang boleh dihadiri oleh orang ramai pada masa akan datang.

“Aedy, my nasihat ah… Don’t go fight a professional fighter. Actually we can make a big event kita-kita je. Let me find a sponsorship and big broadcast.
“Maybe we can kerjasama with Astro First or etc. Insya-Allah lepas habis pandemik, stadium pun orang dah boleh masuk.
“Barulah sedap buat event fight. Ajak semua orang berpengaruh and do the event,” tulis YouTuber berusia 23 tahun itu.

 

Selain itu, Isa turut membalas ciapan berkenaan meminta pelakon itu bersabar dan melakukan latihan terlebih dahulu selain menyifatkan orang yang ‘bercakap besar’ ini selalunya akan lemah di gelanggang.

Sabar la! Aku sibuk ni..

Awak pergi la training dulu.. biasa orang cakap besar macam awak kaku atas ring,” katanya.

Pada Mac lalu, beberapa kenalan Isa didakwa memukul seorang pemain futsal yang juga rakan kepada Aedy sehingga cedera parah dalam satu kejadian pergaduhan di Gelanggang Futsal Ferro di Subang.

Sumber: Twitter Aedy Ashraf & Isa Isarb