Pereka Laman Web beri nama anak HTML, mahu kekal tradisi keluarga

Pereka Laman Web beri nama anak HTML, mahu kekal tradisi keluarga

Zaman sudah maju namun budaya memberikan nama anak yang pelik-pelik masih lagi wujud. Bukan di Malaysia, tapi kejadian ini berlaku di Filipina.

Memetik laporan Mirror UK, bayi yang baru dilahirkan di Filipina itu diberi nama Hypertext Mark-up Language. Difahamkan bapanya merupakan seorang pereka laman web beri nama anak HTML ini sebagai simbolik pada kerjayanya itu.

HTML dilahirkan sihat dengan berat 2.25 kilogram di Hospital Bulacan Medical Mission Group Cooperative, Filipina. Bayi dengan nama unik ini juga menjadi topik hangat perbualan warganet kni.

bagi nama anak HTML 1

Lelaki bernama Mac Pascual beri nama anak HTML tersebut sebagai menyambung tradisi keluarga mereka. Dia turut berkongsi bahawa dia dan adik perempuannya pernah mendapat liputan media pada 2014. Ini berlaku selepas ibu dan bapanya memberikan mereka nama sempena makanan.

Kata lelaki ini namanya Mac adalah singkatan untuk Macaroni 85. Manakala nama sebenar adik perempuannya adalah Spaghetti 88. Nombor di hujung nama itu mewakili tahun mereka dilahirkan.

bagi nama anak HTML 2

Mac turut menambah, adik perempuannya itu memiliki dua anak yang mana nama mereka adalah ‘Cheese Pimiento’ yang dipanggil dengan nama singkatan iaitu ‘Chippy’. Seorang lagi diberi nama ‘Parmesan Cheese’ atau ‘Peewe’.

Sebelum ini CEO Tesla, Elon Mask turut menjadi perhatian ramai selepas memberikan nama anaknya X Æ A-12 pada Mei lalu.