Perbualan lelaki ini dengan anjing ketika kongsi corndog cuit hati netizen

Perbualan lelaki ini dengan anjing ketika kongsi corndog cuit hati netizen

Kebanyakan orang tidak suka diganggu ketika makan baik oleh haiwan peliharaan sendiri apatah lagi haiwan jalanan, dan akan mengurung haiwan peliharaan mereka di dalam sangkar atau menghalau kucing dan anjing yang meminta-minta makanan.

Sebuah video yang tular in walau bagaimanapun menunjukkan seorang lelaki yang lebih dari sanggup berkongsikan makanan dengan haiwan walaupun dia hanya dapat sedikit.

Video yang dikongsikan semula di Twitter itu turut membuat netizen geli hati mendengar perbualan lelaki itu dengan anjing yang meminta makanan darinya.

Dikongsikan oleh pengguna atas namaΒ mrjkurakura2, lelaki itu dilihat baru ingin menikmati 2 ketul corndog yang diletakkan di atas but kereta aabila seekor anjing datang mengintainya.

Kasihan dengan anjing jalanan tersebut lelaki itu bersetuju untuk berkongsikan dengan haiwan berkenaan satu daripada corndog yang dibelinya.

Namun setelah diberikan seketul kepada anjing coklat itu, seekor anjing lain pula datang. Belum sempat lelaki berkenaan suruh mereka berkongsi seketul corndog yang dia telah berikan, anjing coklat tadi cepat-cepat membawa corndog tersebut lari.

Lelaki itu akhirnya terpaksa mengorbankan corndognya yang terakhir. Selepas menggigit sedikit makanan itu dia menyerahkan selebihnya kepada anjing berkenaan sambil berleter kepada anjing coklat tadi yang tidak ingin berkongsi.

Perbualan lucu tersebut membuat ramai geli hati di samping memuji tindakan lelaki itu.

β€œbgus nya…”

β€œHati yang suci…”