Peranti Siswa ada sistem pengesan, Annuar Musa bakal kenakan tindakan mahasiswa jaul peranti siswa
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annur Musa memberitahu pihaknya tidak mengambil tindakan tegas sekiranya mendapati penerima berkenaan menjual gajet yang diterima daripada Peranti Siswa.
Memetik laporan Astro Awani, Annuar berkata, tindakan segelintir pelajar menjual Peranti Siswa yang diterima mereka itu adalah sesuatu perkara tidak wajar dan agensi pelaksana mempunyai kuasa terhadap isu ini.
Tambah Annuar, setiap gajet Peranti Siswa yang diterima oleh setiap pelajar itu mempunyai sistem pengesan yang membolehkan pihaknya mengesan setiap aktiviti termasuk keberadaan lokasi pengguna tersebut.
“Saya ingin memaklumkan peranti ini sewaktu ditempah telah mempuyai aplikasi tertentu. Ia dibina termasuk tracking system dan kita boleh tahu peranti itu berada di mana sama ada di kampus atau dengan pihak lain yang tidak sepatutnya,”ujar Annuar.
Malah, mereka boleh mengesan siapakah mahasiswa terlibat yang menjual peranti tersebut dan tindakan tegas akan diambil dengan serta-merta.
“Mereka yang mengambil tindakan sedemikian yakni menjual ada langkah-langkah tertentu yang boleh kita ambil.
“Antara tindakan yang boleh diambil adalah memaparkan nama-nama mereka kepada umum sama ada di portal PerantiSiswa dan juga memaklumkan kepada universiti yang berkenaan,”ujarnya lagi.
Annuar berkata, secara asasnya mereka yang menjual peranti tersebut sudah melanggar aku janji dibuat.
“Yang kedua, mahasiwa yang memohon telah membuat aku janji mereka layak dan akan menggunakan sendiri, menjual bermakna telah melanggar aku janji tersebut,”jelasnya lagi.
Untuk makluman, laporan diterima oleh pihak kementerian mendapati terdapat 14 kes membabitkan penerima dikesan cuba menjual tablet tersebut. Dan, ada peranti berkenaan telah disekat penggunaannya.
Sumber: Astro Awani