Perangai comel si cilik Alisa Aisyah berspa dengan ibunya, bikin ramai geram

 

 

Sejak akhir-akhir ini telatah anak kedua Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bernama Alisa Aisyah sering mendapat tumpuan umum. Manakan tidak si cilik ini cukup comel dan bijak membuatkan ibu dan bapanya selalu berkongsikan video gelagatnya di sosial media.

 

Abangnya Yusuf Iskandar juga tidak kurang hebatnya, ada sahaja yang dilakukan membuatkan ramai terhibur. Namun begitu baru-baru ini satu lagi video telatah Alisa Aisyah dimuat naik di Instagram Hanis Zalikha dan telah meraih lebih sejuta tontonan!

Dalam rakaman itu kelihatan si cilik Alisa Aisyah sedang menyediakan persiapan untuk berspa dengan ibunya, Hanis Zalikha. Dengan jari comelnya itu, video itu telah membuatkan ramai yang geram dengan telatah Alisa Aisyah berspa dengan ibunya ini. Berikut adalah rakaman yang dikongsikan oleh Hanis Zalikha ini:

 

Alahai, pandainya dia. Seronok betul tengok bonding ibu dan anak ini! Apa-apa pun perkongsian ini turut meraih 210 ribu likes.