Penyanyi & pelakon Adibah Noor meninggal dunia, hidap kanser tahap 4

Penyanyi & pelakon Adibah Noor meninggal dunia, hidap kanser tahap 4

 

 

 

 

Artis versatil yang juga Finalis Gegar Vaganza musim kelapan, Adibah Noor meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang sekitar jam 6.30 petang tadi akibat kanser ovari tahap empat.

Berita duka dan mengejutkan ini disahkan oleh rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal di laman Facebook miliknya.

“Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di Hospital Gleneagles sebentar tadi,” katanya memberi pengesahan yang ketika itu dalam perjalanan ke pusat perubatan swasta tersebut.

Adibah, 52 tahun difahamkan sudah lama menderita penyakit kanser namun merahsiakannya daripada pengetahuan ramai pihak

“Allahuakbar terkejut dapat berita ini, sahabat kita yang versatil baru sahaja meninggal dunia.
“Ya betul arwah baru sahaja meninggal dunia di Hospital Gleneagles sebentar tadi,” katanya.
Difahamkan Allahyarham Adibah menderita penyakit kanser ovari yang enggan dikongsikan kepada umum.
Dalam pada itu, penyanyi Ani Maiyuni memberitahu Allahyarham Adibah memohon rakan terdekat agar merahsiakan tentang penyakitnya.
“Maaf, kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini Kak Dib (Adibah) ada beritahu kepada saya cuma dia minta saya rahsiakan. Kami tak boleh hebohkan dia menanggung penyakit ini.
“Dia cerita sakit itu lepas habis GV8, masa nak shooting GV Raya dia mula demam on and off, lepas tu lama dia warded.
“Kami ingatkan COVID-19, bila tanya baru dia maklumkan dia kanser dan baru sahaja lepas pembedahan. Dia berpantang dan berehat dulu, dia tak ambil show atau jumpa sesiapa.
“Apa yang dia post yang kurus itu adalah show pertama selepas dia berehat,” cerita Ani.
Salam takziah buat keluarga Adibah Noor. Al-Fatihah.