Penyanyi lelaki terkenal terpaksa kahwin, isteri hamil anak luar nikah kerana terlajur
Tiada angin, tiada ribut, ‘panas’ di media sosial mengenai seorang penyanyi lelaki popular yang dikatakan terpaksa berkahwin dengan seorang gadis kerana sudah terlanjur. Macam tak percaya, tapi itulah kenyataan.
Malah, menurut laporan BOOM!, pada awalnya seorang individu berkongsi sebuah foto menunjukkkan pasangan itu memakai pakaian sedondon berwarna putih.
Difahamkan menurut sumber, mereka baru sahaja bernikah selepas penyanyi lelaki itu baru putus cinta dan wanita tersebut bukanlah sesiapa dalam industri hiburan.
Bukan setakat terlanjur sahaja, bahkan perkahwinan mereka dikatakan mahu menutup perut si wanita tersebut yang dikatakan hamil anak luar nikah.
Astagfirullah, sekiranya betul dakwaan yang diberikan oleh pemberi maklumat tersebut, maka tidak hairanlah jika penyanyi lelaki berkenaan digelar buaya darat ataupun playboy oleh bekas kekasihnya sebelum ini.
Didoakan semoga pasangan tersebut insaf dan kembali ke pangkuan jalan.
Semoga pasangan dimaksudkan insaf dan menghadapi kehidupan mendatang dengan bahagia hingga ke syurga.
Sumber: BOOM! (Deegun Rahman)