Penting! “Jangan letak sebarang kad atau duit dalam casing belakang phone,”

Penting! “Jangan letak sebarang kad atau duit dalam casing belakang phone,”

Bila keluar tapi malas nak bawa beg besar-besar, casing telefon lah selalu jadi mangsa. Mesti ramai yang ada tabiat selit macam-macam kat casing kan?

Dari kad pengenalan, kad bank, duit, sampai ke tiket parking, kalau boleh sumbat belakang casing telefon tu, selagi tu la sumbat.

 

Tahu tak sebenarnya tabiat ni boleh mendatangkan pelbagai masalah di kemudian hari? Bukan setakat bateri telefon sahaja rosak, malah kad yang anda selit di belakang casing itu pun boleh jadi bermasalah.

Video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok dengan nama akaun @bossadrian_derisogadget ini memberi informasi bermanfaat tentang apa dan kenapa sesetengah benda tak boleh diletakkan di belakang casing.

Video ini mendapat 214.1 ribu tontonan dan 20.2 ribu sukaan setakat ini.

@bossadrian_derisogadget

Info manfaat untuk semua #tiktokmalaysia #fyp #foryoupage #learnontiktok #jombelajar #tiktokguru #didyouknow #gadgetlover #gadgetstouse #casing

♬ YE OKKKK. – ChronicalZ

Patut la bateri cepat ‘drain’, IC tak boleh baca

Di ruangan komen, netizen mengaku menghadapi masalah seperti di dalam video. Ramai tak tahu yang tabiat letak benda belakang casing ni rupanya mendatangkan banyak masalah termasuk kerosakan pada cip kad pengenalan.

Lepas ni jangan buat lagi ye!

Sumber: TikTok @bossadrian_derisogadget